Pages

Thursday, December 1, 2011

Masa yang berlalu begitu pantas

Ohhhh lebih kurang lagi sebulan dah nak melangkah ke tahun baru. Alhamdulillah da sethun enam bulan lah umur si Amani. InsyaAllah Ujung bulan atau awal tahun keluarla la plak adik Amani.

Alhamdulillah perkembangan Amani pun agak mengembirakan hati ibu dan ayah. Walaupun ibunya tak berapa larat sgt nak maintain sgt play n learn session ngn dia. Ibu buat selagi terdaya...

Tapi sekarang ni dia da pandai memilih apa yang dia suka...kalo dia tak suka tak pasal2 menjerit si Kecik tuh. So kdg2 nak dia learn something tgk mood dia jugak.

Kalau pegi play group pun dia da mcm otai. So nak cuti bersalin nih rasa cam sedih plak sbb dia pun akn cuti gi klas. Play group nih byk gak membantu develop social skill dia.

Sekarang ni tgh train dia utk hafal surah2 pendek plak. Dari Kecik memang selalu dengar kan dengan bcaan ayat al Quran,iqra',nasyid. Tapi sejak pandai memilih nih suka sgt nak dengar nursery rhymes aje. So sgt membimbangkan jugak....Tapi agak sejuk juga hati bile pandai dia cari telekung Dan sejadah n tiru cara bersujud. Kalau jumpa puzzle huruf jawi dia akan berlari ke ibu sambil Cuba menyebut. Dan bila nampak tulisan jawi dalam buku dia Akan tadah tangan untuk berdoa. Tapi bila time makan suh baca doa tak sempat okay...dia da sibuk nak makan.

Apa pun harapan ibu utk anak2 seimbang dunia n akhiratnya.....

Tuesday, June 21, 2011

LAMA TAK MENJENGUK BLOG

Salam.....


      Lama betul ibu amani i tak jenguk blog. Anyway amani nak dapat adik so ibu dia tengah mabuk2 tp nih da nak masuk 2nd trimester so da kurang la sikit. Tapi badan tu lemah2 jugak selalu..cian amani...ibu amani pun selalu skip play n learn dengan dia...tp nih ibu da mula ada energy balik so nak buat secara agresif balik. Baby dalam perut pun ibu lum start stimulation sgt...semoga kesihatan ibu semakin baik dan diberikan kelapangan utk meneruskan usaha ini.

    Amani pun da setahun sebulan, alhamdulillah da pandai pun berjalan dan seorang yang agak lasak dan tak reti dok diam...ada je menda dia nak buat. Kalau dia dok diam tu adalah menda yg ibu tak berkenan dia buat..contohnya mengeluarkan wet tissue dari bekasnya, buat eksperimen dengan botol susu, main kipas dan pintu huhuhuhuhu. Ibu pun kat rumah xde masa nak mengadap internet.

   Apa pun ibu gembira dengan perkembangan amani sekarang....semoga anak ibu sentiasa ceria dan sihat. Aminnnnn..........

Sunday, March 20, 2011

Tips untuk tenangkan baby yang menangis


Salam,


 Ari nih aku nak share tips cmne nak tenangkan baby yang menangis oleh Dr. Karp, info ni aku dapat mase talk kat opis by wyeth then aku pun search la kat tenet. Anyway sebenarnya tips2 sebenarnya secara tak langsung mmg kita ada buat, nampak cam senang tp kalo kita buat dengan cara tak betul so susah jugak nak tenangkan baby especially utk baby yg mmg fussy.

Bila baby da kuar dari pewut mak dia secara otomatik environment tu da jadik lain sebab tu la ade sesetengah baby yang tak leh adapt akan rase tak secure than menangis jerk.

Ape pun aku pun tak penah apply step2 kat atas secara konsisten sbb baru tau kan..so berkesan ke tidak tak dapat le aku nak kaborkan so sape yg ade anak kecik lagi bole ler test pastu kabor le kat aku yerk.

Kaedah2 nih jugak tidak berkesan kalo baby tu ade masalah kesihatan,tgh lapor or haus, buatnye si kecik tengah lapar korang gi bedung ketat2 memang marahla org tuh.




  • The 5 S's

    There are 5 components to this method which, when used together, work amazingly well to calm your crying baby and in many cases help your baby go to sleep with no fuss. Using cross-cultural techniques combined with his own research, Dr. Karp has developed the "five S's system". Some babies will need all five, others just a few to help induce what he calls the "calming reflex."








  • Swaddling - Tight swaddling provides the continuous touching and support the fetus experienced while still in Mom's womb.




  • kalo org tua selalu bising kalo kita tak bedung baby kan, nanti kaki tangan bengkok lah apelah. budak2 skang pun bukan nak dibedung2 nih. tp kalo korang perasan sometimes bila kita bedung dia relaks jer. Penah gak nak aku mase dlm pantang..kalo bedung sokmo mesti asek angin je so kdg2 maleh da aku nak bedung. pastu one day mak long aku ade umh,sebelum tu si kecik tu elok tido pastu dia magun n macam resah jer.mak long aku suh bedung tp aku jwb le bukan dia nak..pastu ngn selamber mak long gi bedung jugak dia so anak aku pun ngn selamber sambung tido ngn nyenyak nyer....tp make sure guna kain nipis je la jgn smpi berbahang plak si kecik tu kat dalam conpem menambahlan ketidakselesaan kat dia




  • Side/stomach position - You place your baby, while holding her, either on her left side to assist in digestion, or on her stomach to provide reassuring support. Once your baby is happily asleep, you can safely put her in her crib, on her back.



  • yg nih aku tak reti nak explain cara dia pegang bb tuh, nanti aku buh la video dia. Utk tidokn cara meniarap nih mmg bagus tp bole mybbkan SDS iaitu kematian scara mengejut (newborn)coz baby terlalu selesa smpi lupa nak bernafas. So kalo rase dia da lena bole pusingkan tido telentang. anak aku tak penah pun ajar dia tido meniarap tp sebelum dia pandai meniarap dia sendiri yg tido meniarap. puas jugak mlm2 tido2 ayam je utk asik betulkan position dia. bila rase mcm dia da bole handle sndiri position dia baru le biorkan ajer hik hik hik





  • Shushing Sounds - These sounds imitate the continual whooshing sound made by the blood flowing through arteries near the womb. This white noise can be in the form of a vacuum cleaner, a hair dryer, a fan and so on. The good news is that you can easily save the motors on your household appliances and get a white noise CD which can be played over and over again with no worries.



  • - yg nih korang bole buat bunyik mcm bila kita suh org diam sshhhhhhh....sbb baby da biasa dgr bunyik flow darah mase dalam pewut mak dia..so dia kan rase cam safe lah igt kat dalam pewut la tuh...so sweett




  • Swinging - Newborns are used to the swinging motions that were present when they were still in Mom's womb. Every step mom took, every movement caused a swinging motion for your baby. After your baby is born, this calming motion, which was so comforting and familiar, is abruptly taken away. Your baby misses the motion and has a difficult time getting used to it not being there. "It's disorienting and unnatural," says Karp. Rocking, car rides, and other swinging movements all can help.





  • - dulu aku penah terpikir kat dlm otak nape dah lahir bb nak berbuailah or hayun2 kan dia. mase dlm pewut bukan ade tolong buai ke ayun. baca nih baru terpikir logik..yelah kita dok berjalan2,wat keje. agaknya bila kita tgh tido dia tendang2 marahla tu kot. Masa pregnent dulu aku nih kuat berjalan, sbb tu kot payah benor si kecik tu nak tido kat bawah huhuhu. So anak aku nih tido buai la sbb aku kalah ngn nenek dia. bila dia dok ngn aku ajar tido bawah...mmg susah tp kena la ajar jugak supaya kalo nak berjalan senang.





  • Sucking - "Sucking has its effects deep within the nervous system," notes Karp, "and triggers the calming reflex and releases natural chemicals within the brain." This "S" can be accomplished with breast, bottle, pacifier or even a finger.





  • - digalakkan bg suck guna nipple omaknyer lah drpd bg puting. teringat dulu anak aku mmg nak bergantung jer..bila tarik mesti nangis.aku pun konpius susu tak cukup ke ape. mak aku marah bg dia dok bergntung jerk sbb takut nanti nak gi keje ke buat keje payah. pastu nak taknak kena bg pacifier..tp dia xmau pun. penat aku beli yg mahal. tp yg tak bestnyer dia suka puting botol plak kalo nak tido. nak bg susu byk ank aku kuat muntah so dia isap le botol kosong tu bila da lena tarik cpt2 botol tu. mase umur dia da byk bulan sket aku ajar guna puting bila nak tido sbb takut angin. tp skrg aku da tak bg puting sbb masalah muntah dia pun da ok. Tp nak tidokan kat bawah mmg agak payah skett tp kalo aku ade mmg bekerja keras sket la nak tidokan dia.


    Apa pun setiap baby nih peel nyer lain2..kenkadang buat satu je dari 5 di atas dah ok. kadang2 kena buat semua dia atas baru ok..kdg2 semua di atas tidak berkesan. Apa pun kenalah ingat baby tu walaupun kecik diorang ada emosi..nak dibelai dan dimanja. bukannya anak patung...letak je atas tilam bole tido sndiri. Anak aku mase mula2 camtu la tido jer sndiri..da besar skettt nak tido meragam. sampai kitorang bawak gi klinik sbb takut kot sakit pewut ke apa..tp kena ekon dalam keter elok jer tido..smpai klinik elok plak sengih2...haisshhhhh...

     

    Wednesday, March 2, 2011

    Bersyukurlah Wahai Para Ibu & Bapa..

    Bersyukurlah  apabila anak kita menangis, kerana itu menandakan dia ada suara dan ada air mata

    Bersyukurlah apabila anak kita kuat menyepah, kerana itu menandakan dia ada tangan, dia ingin meneroka

    Bersyukurlah apabila anak kita tantrum, kerana itu menunjukkan dia ada perasaan, dan dia cuba melepaskan rasa di hati. 

    Bersyukurlah apabila anak kita mengamuk sambil menendang-nendang, kerana itu menandakan yang dia ada kaki dan cuba memaksimumkan kakinya sebaik mungkin. 

    Bersyukurlah apabila anak kita kuat membebel, kerana itu menandakan dia ada mulut dan tidak bisu. 

    Bersyukurlah apabila anak kita banyak bertanya soalan, kerana itu menandakan yang dia ingin tahu, dan ingin belajar sesuatu. 
     
     
    Kita terlalu banyak mengeluh dan merungut apabila berlaku perkara di atas. Kita sering melihat sesuatu yg berlaku dr sudut yang negatif sahaja, cuba kita lihat dari sudut yang lain pula, dan kita akan bersyukur dengan setiap kurniaan yang Allah SWT berikan. Fikirkan seketika, sekiranya Allah menarik kembali nikmat ini, rasanya sudah terlambat untuk kita bersyukur ... * 


    Artikel di atas aku copy paste dari si watie gcob. Menambahkan lagi kesedaran n keinsafan dalam diri nih. Sesapa yang da jadik ibu mesti kadang2 rasa mcm di atas..penatnye jaga anak nih. Aku pun kadang2 rase camtu gak..kadang2 geram jer rase. Tapi bila pikir2 balik memang mcm tu la bila ada family dan macam tu jugaklah kita kecik2 dulu. ntah2 lagi teruk dari anak kita hahahaaha...

    bila aku penat ke...letih ke geram ke..aku cakap kat amani. ibu bukan marah amani..ibu penat/tak larat/geram jer. Baguslah amani macam ni maknanya amani sihat dan pandai kan,tapi jgn la nakal sgt yer nanti ibu tak larat.

    Masa amani masuk spital bru2 nih..mase 1st day tu asek nangis jer..xmau dok atas katil. nak bertenggek atas bahu aku..dari pagi sampai le ke malam. naik senget bahu aku..memula sabar jugak tp bila da tengah malam macam tu jugak rase nak marah sgt sebab mmg da letih giler. Tapi bile pikir2 balik..ni baru sikit dugaan utk aku. Cuba pikir diorang yg dapat anak yg  bermasalh dari kecil. Tabah dan sabar kan mereka ??? Bila aku pusing2 kat ward tgk ada lagi ramai anak2 yg nasib tidak sebaik amani. mak bapak diorang leh tabah n sabar tak kan aku tak bleh. '

    Alhamdulillah...aku dikurniakan Amani yang sempurna ini, apa pun perjalanan hidup ini masih jauh eluaita tak tau apa yang akan berlaku di masa2 akan datang. Semoga anak2ku dan keluarga sentiasa dilindungi dan di rahmati oleh ALLAH.

    Orang kata setiap kejadian ada hikmahnya..alhamdulillah kalau amani tak sakit ari tu mungkin aku tak tau sesuatu yg mmg dah lama berlaku tanpa aku sedari dan akan menyebabkan sesuatu itu lebih teruk berlarutan.

    Thursday, February 17, 2011

    Enhancing Memory with PhotoEyeplay Imaging

    Salam...

          Selama nie aku dok pelik la dengan sorang forumer yg suka upload file Photo Eyeplay nih tp tak penah pun aku tanya ape function nyer. So ari nih baru aku tau pekebondo function nye, maleh nak translit so aku copy jer lah dari email yer...

    Hello, Wahee.

    We hope that you are having a great day!

    We received a question recently from Betsy, a medical student from
    Georgia, USA.


    QUESTION:

    "I see in the Wink, Step 3: PhotoEyeplay, there are both cards
    and a DVD available. What is the difference between them? I'd like
    to use them to help prepare for my 8-hour medical exams. Should I
    get the cards or the DVD?"


    OUR ANSWER:

    They both enhance everyday memory, and both can be used before
    learning or studying.

    PhotoEyeplay DVD activates the rods and cones within the eye
    through passive viewing of flashing images.

    The PhotoEyeplay cards is an actual exercise. The cards teach
    a photographic after-imaging process where the eyes are trained
    to see an objects negative image, it's "after-image," eventually
    turning it into its positive image -- a vital step in photographic
    memory
    .

    The best way that I can describe the difference between the
    two activities is that the DVD viewing is passive -- like listening
    to music. The card activity is more active in nature -- like doing
    a crossword puzzle.

    The benefits are the same. The cards give you more left-brain
    feedback as to which color cones are weak, which ones are strong,
    etc., so that you can focus your after-imaging practice to
    specific color hues -- to strengthen each eye.

    In this case, we would use the PhotoEyeplay DVD before studying,
    as a relaxation tool. Because of the amount of eye strain that
    can occur during intense studying, we would not recommend using
    the cards. They exercise the rods and cones to the point where
    it feels like you've done a work-out -- regularly that is fine,
    but not if you are continually reading and scanning on a schedule
    like yours. Take care of your eyes.

    Use the DVD before your study periods to help you go into a relaxed,
    meditative, photographic state. It will help increase your intake
    and recall.

    Wednesday, February 16, 2011

    Amani Play & Learn station

    Salam,

      Ari ni saje jer nak share tempat amani bermain n belajar, disebabkan rumah kami yg comel maka tiada bilik khas utk amani sahaja. InsyaALLAH klu ada rezeki nanti aku nak ada satu bilik khas utk play n learn station utk si kecik nih. Maka utk masa sekarang di sudut ruang tamu adalah tempat si comel nih, so aku pun akan make sure spend masa ngan amani kat sini sometime bagi dia main sendiri n leka so bole lah ibu curik2 wat keje umah. Tapi sekarang nih bahaya tinggalkan dia sensorang, sebab tetiba je dia da ada atas meja nak tarik lappie tuh. Ohh sekejap jer anak ibu da tinggi boleh panjat sendiri, kalau dulu guna kaki ibu or kusyen baru dia dapat naik atas meja tu.

    So di station nih amani akan di stimulate dari segi motor skills ( berdiri sambil bermain toys atas meja n belajar memanjat, berjalan sambil memegang di sekeliling meja), pendengaran & penglihatan(pasang lagu nursery n video, tampal gambo2).










    

    YBCR FLASHCARD

    Salam,

    Ari nih nak share salah satu alat bantuan mengajar yg aku gunakan kat amani iaitu flashcard, sebut pasal flashcard nih from my experience mcm susah je nak jumpa. Bila ada yang jumpa macam tak puas ati je dari segi kualiti pastu design pun macam kurang menarik contoh, tulisan kecik benor gambar besar gedabak. Pastu ada yg mahal bebenor rase tapi isinya alahai sikit benor so rase macam tak berbaloi. Ada gak pikir nak buat sendiri,guna A4 n laminate, tapi nak menghantar laminate pun satu hal costly jugak. Alhamdulillah akhirnya jumpa gak flashcard yg bg aku agak convenience and berpatutan ngan harganya. Actually flashcard nie ada datang satu set ngan dvd tapi aku beli FS card je lah,masa nie belum guna LR pun lagik. Aku beli 2 jenis flashcard nih, satu yg macam gambo yg aku attach kat bawah nih yang just ada word sahaja n yang lagi satu tu memula tunjuk word lepas tu baru gambar (rujuk gambar header yer). So kalau nak pergi mana2 lebih mudah bawah YBCR jer coz mudah nak dibawa dan digunakan sebab tak berat dan menggunakan space yg banyak theheheh, atau kesimpulannya kalau nak main2 dengan anak dalam keta pun boleh. So sesapa yg bajet terhad boleh la carik FC jenis nih okayyyyy.



    
    
    tulisan yang besar
     
    
    
    kotak depan YBCR flashcard







    

    Saturday, February 12, 2011

    Bagaimana anda tahu mengenai pendidikan utk bayi?

    Chewahh macam skema plak tajuk, mcm penah aku tulis di entry sebelum nih actually before nih aku tak tau apa sebenarnya pendidikan awal nih. aku lebih fokus kepada stimulate stimulate n stimulate..actually stimulate ni pun merupakan asas kepada pendidikan awal jugak. Pastu just pikir ajar yg basic cam abc,123, alif baa taa. Tak penah pun terpikir leh ajar membaca start dari baby lagik , paling2 awal pun aku dok pikir umur 2 tahun nak pi anta blajar bila terpandang kat kg aku tadika kemas dia amik budak start 2 tahun. So itu pun da rase cam excited giler sbb bole anto anak awal tapi dalam masa yg sama worried jugak anto awal sgt idak ke boring budak nih nanti. Apa silibus yg di ajar pun tak tau cmne...alhamdulillah dalam dok merayau2 kat internet nih terjumpa la watie nih. Dia bercerita pasal software Brillkids n forum nih. So dari si watie n forum nih la jugak aku belajar byk menda (tapi lum expert lagi la) ohhh utk software tu korang leh try trial nye version utk 14 hari. Tapi utk trial tu dia hanya ada course utk 9 days je lah. kalo full course ada 365 ari, nanti aku akan buat satu entry khas utk software ni yer. sila klik banner di sebelah kanan blog nih. ada dua satu utk math dan satu utk reader.

    Ok berbalik pada cerita si watie nih, dia bukak company berkaitan early education nih. dimana selain daripada menjual produk brillkids, dia gak adakan seminar dan bengkel yang berkaitan.Aku pun da booked utk seminar asas pendidikan awal ni on 27 Feb, utk menambah ilmu di dada. Sape2 berminat nak join seminar nih meh ler contact sama aku. Nanti aku akan buat satu pages utk coupon, korang boleh la bawak coupun nih utk dapatkan diskaun sebanyak RM5. Nanti aku akn update dari apa2 event yg akan dibuat oleh watie dan nanti aku akan citer pasal anak2 dia yg seawal umur setahun dah boleh membaca

    Selain dari bengkel n seminar, tiap weekend ada gak playgroup. Actually ada 4 stages utk playgroup nih tapi yg tgh running 3 stages ajer. tetiga aku dah pi bawak amani utk trialnyer. Malangnya aku masih lum dapat subscribe sbb classnya ari sabtu dan ari sabtu aku kena keje huhuuhuuuh. bila ntah si watie nak buat ari ahadnya. Dan sekali lagik sesiapa yg nak gi trial utk playgroup bole dapatkan coupon diskaun yg akan aku post jugak nanti.

    Friday, February 11, 2011

    Si Manja Mula Belajar

    Si Manja Mula Belajar
    Kanak-kanak akan mula menjelajah dunia pada peringkat awal dalam hidup mereka. Secara intuitif, mereka akan tahu untuk mengambil objek yang paling kecil atau membuat pemerhatian dan menukarnya kepada suatu pengalaman yang bermakna.
    Kanak-kanak kecil akan melalui suatu fasa di mana mereka akan banyak bertanya. Mereka ingin mengetahui ‘siapa, apa, mana, bila, bagaimana dan mengapa’. Contohnya, bagaimana ayam berketak atau mengapa langit berwarna biru?
    Pertanyaan yang tidak berhenti-henti ini mungkin akan menjengkelkan tetapi mereka melakukannya kerana ingin belajar. Ini adalah sebahagian penting di dalam proses pembelajaran mereka.
    Prasekolah yang biasanya bermula apabila kanak-kanak berusia 4 tahun berperanan membantu untuk terus memperkukuh dan menghalusi perkembangan awal dan pengalaman pembelajaran mereka. Sebagai contoh, dengan mewarna dan melukis, kanak-kanak akan belajar menguasai otot otot jari dan koordinasi tangan-mata mereka. Menerusi bermain bersama kanak-kanak lain dan mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah pula, mereka belajar tentang kemahiran sosial. Dan sudah tentunya terdapat pelbagai pengajaran lain untuk perkembangan pemikiran, komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah.
    Semua ini akan dicapai dengan keseronokan tetapi di dalam persekitaran prasekolah yang berstruktur. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang bagi ibu bapa untuk mengoptimum kemajuan anak-anak mereka dengan terus mengajar, mementor dan melatih mereka di rumah dengan cara yang bebas tekanan, menyeronokkan dan bersesuaian dengan usia mereka.
    Dimensi Pembelajaran Awal
    Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah adalah penting untuk menyediakan asas yang baik, bukan sahaja untuk persekolahan formal malah untuk pembelajaran sepanjang hayat.
    Kemahiran Fizikal
    Prasekolah membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Kemahiran motor halus membabitkan pergerakan kecil seperti mencapai sesuatu dengan ibu jari dan jari telunjuk. Aktiviti yang mengasah kemahiran motor halus membabitkan aktiviti memotong, menampal dan melukis. Kemahiran motor kasar pula diasah dengan aktiviti yang membabitkan pergerakan lebih besar seperti berlari, melontar, memanjat dan menari.
    Kemahiran Intelektual
    Terdapat banyak peluang untuk si manja membina kemahiran seperti mengira, mengukur, menyisih, memadan, memerhati dan membentuk hipotesis. Kemahiran membaca dan menulis berputik apabila si manja melihat buku, membaca dengan kuat dan menulis nota.
    Kemahiran Sosio-emosiPrasekolah membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam komuniti dan belajar menghormati diri sendiri dan juga orang lain. Mereka bukan sahaja akan belajar berkongsi mainan, tetapi juga perbualan dan snek. Mereka diajar untuk mengambil giliran, melibatkan orang lain dalam permainan dan belajar ‘tatatertib’ bermain apabila berdepan dengan situasi baru. Di samping itu, mereka juga akan belajar mengawal perasaan dan mengelak daripada emosi yang kurang elok. Prasekolah juga merupakan masa bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai moral untuk membentuk perwatakan yang baik.
    Tahukah anda?
    Bermain adalah sebahagian penting proses pembelajaran bagi kanak-kanak. Ini membolehkan mereka menggunakan kemahiran dan belajar tentang konsep baru dengan menyentuh, merasa, mendengar, bercakap dan menghidu. Cara terbaik untuk menggalakkan si manja prasekolah belajar ialah dengan menggabungkan permainan dengan unsur akademik.
    Pelajaran Dalam Pembelajaran
    Cara terbaik untuk si manja belajar ialah dalam persekitaran rumah yang menggalakkan penerokaan, pemikiran kreatif dan kebebasan. Ciri-ciri ini membolehkan kanak-kanak untuk menyiasat dan melakukan tugas yang mencabar daya fikir. Ini merupakan rahsia pencapaian dalam sekolah dan untuk seterusnya.
    Proses mempelajari tentang cara sesuatu benda berfungsi adalah perjalanan yang perlu dilalui oleh si manja sendiri. Kehadiran orang dewasa sekadar untuk menggalakkan, mencabar dan membantu perkembangan mereka.
    Manfaat Proses Pembelajaran Awal
    • Minat untuk menimba pengetahuan disemai melalui keyakinan dan kebebasan dalam pembelajaran.
    • Sifat ingin tahu dalam diri si manja menggalakkan penerokaan dan penghargaan pengetahuan.
    • Sikap yang betul untuk bertanya soalan, menyelesaikan masalah dan berkongsi idea. Pembelajaran menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
    Bagaimana Anda Boleh Membantu Sebagai Ibu BapaKanak-kanak yang membesar dalam persekitaran pembelajaran yang baik di rumah membolehkan mereka maju dalam prasekolah. Berikut adalah tip-tip untuk anda.
    Berkongsi minat anda sendiri untuk belajar
    Anda merupakan guru pertama anak anda. Jika anda mahu dia belajar, anda perlu terlebih dahulu mengambil inisiatif untuk belajar dan dia akan mengikut jejak anda.
    Beri sokongan dan penerimaan
    Bila anda menggalak dan mengalu-alukan ideanya, si manja akan merasa cukup selesa untuk menyuarakan idea tanpa takut membuat kesilapan. Jika dia membuat kesilapan sekalipun, anda tidak perlu memarahinya atau memberi jawapan yang betul dengan serta-merta. Sebaliknya, gunakan peluang itu untuk mengajarnya mencari jawapan. Ini menggalakkan pembelajaran secara lebih berdikari pada masa hadapan.
    Sediakan peluang pembelajaran
    Pengalaman pembelajaran boleh didapati daripada buku, alat permainan dan barang lain yang terdapat dalam rumah. Bersiar-siar dan berbual-bual juga akan menambah perspektif dan pemahaman si manja. Berhati-hati agar anda tidak keterlaluan. Pastikan segalanya berada dalam tahap yang sesuai untuk usia mereka.
    Senarai semak apa yang anda
    boleh lakukan sebagai ibu bapa
    • Tanya soalan yang baik dan jangan bataskan soalannya.
    • Tunjukkan bagaimana kita boleh belajar daripada perkara yang mudah dan kesilapan kecil.
    • Galakkan si manja berdikari.
    • Beri pilihan kepada si manja.
    • Beri perhatian kepada persekitaran sekelilingnya.
    • Jadikan waktu membaca sebagai rutin tetap.
    Sihat untuk Belajar
    Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa langkah oleh pihak Kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan negara kita. Daripada hanya menitikberatkan kemahiran ingatan untuk lulus peperiksaan, kita inginkan anak-anak kita berkembang secara lebih sempurna. Kita mahukan mereka mempunyai pemikiran yang baik, kreatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah di samping mempunyai tubuh, minda dan jiwa yang sihat.
    Sebagai ibu bapa, kita semua boleh membantu dengan menanam serta menggalakkan minat membaca dan belajar anak-anak kita daripada usia yang muda dan sepanjang zaman kanak-kanak mereka.
    Pada masa yang sama juga, adalah penting bagi kita untuk menjaga mereka dengan sebaik mungkin supaya mereka dapat terus belajar dengan gangguan minimum. Kekurangan nutrien, anemia, jangkitan, kecederaan, masalah psikologi dan kesukaran pembelajaran yang belum ditangani akan menghalang perkembangan mereka. Berita baiknya, kuasa untuk mencegah situasi negatif ini adalah di tangan anda.

    source :Positive Parenting

    Thursday, February 10, 2011

    ECE..

    Salam

     Dah lama nak menulis blog berkaitan ECE nih (early child education) tapi tak berkesempatan, coz dok sibuk ngn amani,opis n umah. Dok sibuk cari info about babies, ECE n etc. Sebenornya kalo da kat umah susah sikit nak mentenet even kalo org tengok kat FB manjang je dok online padahal xde pun kat situ coz kdg2 amani yg tgh guna theeheheheeh. Lappie nih mmg kdg2 24 hours on ajer, so kepada sesapa yg kdg2 tegur kat fb chat tp den tak jawab tu mintak maap byk2 la yer.

      Anyway mmg da lama minat pasal ECE nih tapi tak tau nak mencarik maklumat huhuhuuh..even masa pregnant pun dah sibuk belikan amani buku n CD. Masa dia newborn pun da mcm2 mainan belikan sampai nenek n moyang amani bising budak tuh bukan reti main pun lagii..budak tu tak reti pegang lagi..budak tu tak reti dengar lagi huhuhuh,..tapi ku buat dekk jer. Bila toys tu sume ada diorang guna kan jugak utk amani thehehehe. Apa yang ku tau..utk meransang brain n motor skill baby nih adalah dengan stimulate. Walaupun lepas pantang amani berjauhan ngn amani lebih kurang 2 bulan secara tak langsung nenek,atok n amani ada gak memainkan peranan dalam ECE ni, atok amani rajin bersembang pastu siap cipta lagu dodoi utk amani theheheh..nenek pun rajin bersembang,menyanyi n ajar nyanyi. moyang plak rajin bawak jalan2 tiap2 ari gi tepi jalan tengok kete. 

    Umo 6 bulan amani balik kl ngn ibu ayah...tapi ibu ngn ayah amani lebih mendedahkan ECE secara moden. Almaklumlah dedua kerja so mengunakan kaedah moden lah utk bagi pendedahan awal utk si kecik niih. Tapi moden pun moden la jugak tapi bonding tu kena jaga gak. Jangan terlalu bergantung kat teknologi semata2 ..nanti anak2 kenal komputer daripada mak bapak plakk kan susah n akan menyebabkan anak takut nak bergaul ngn org. So utk menyedapkan ati at least amani bagus gak ada ramai budak2 kat umah mama dia.walaupun memula dulu cuak jugak bila pengasuh amani a.k.a mama amani jaga budak agak ramai gak..dan masih cinonet2 lagik. Tapi lama2 cuak tu hilang gak walaupun sekali sekala tercuak gak bila mendengar berita2 tidak enak di dada akhbar dan tv huhuhuhu. Yelah secara jujurnya aku pun semput jugak menjaga anak yg baru sorang nih apatah lagi yg ramai yg cinonet2 lagi tuh thehehehe. Tapi secara logiknya akak tu da tentu lagi berpengalaman ..anak 3 ..paling besar da form 4 n paling kecik pun darjah 3. Pastu dia pun bukan baru jadik pengasuh..so think positive je la ya....semoga amani sentiasa dilindungi oleh Penciptanya Amin. Apa pun nak share video2 nih...anak2 yg masih kecil tapi mampu membaca dan menghafal ayat2 suci Al-Quran.