Bersyukurlah apabila anak kita menangis, kerana itu menandakan dia ada suara dan ada air mata
Bersyukurlah apabila anak kita kuat menyepah, kerana itu menandakan dia ada tangan, dia ingin meneroka
Bersyukurlah apabila anak kita tantrum, kerana itu menunjukkan dia ada perasaan, dan dia cuba melepaskan rasa di hati.
Bersyukurlah apabila anak kita mengamuk sambil menendang-nendang, kerana itu menandakan yang dia ada kaki dan cuba memaksimumkan kakinya sebaik mungkin.
Bersyukurlah apabila anak kita kuat membebel, kerana itu menandakan dia ada mulut dan tidak bisu.
Bersyukurlah apabila anak kita banyak bertanya soalan, kerana itu menandakan yang dia ingin tahu, dan ingin belajar sesuatu.
Artikel di atas aku copy paste dari si watie gcob. Menambahkan lagi kesedaran n keinsafan dalam diri nih. Sesapa yang da jadik ibu mesti kadang2 rasa mcm di atas..penatnye jaga anak nih. Aku pun kadang2 rase camtu gak..kadang2 geram jer rase. Tapi bila pikir2 balik memang mcm tu la bila ada family dan macam tu jugaklah kita kecik2 dulu. ntah2 lagi teruk dari anak kita hahahaaha...
bila aku penat ke...letih ke geram ke..aku cakap kat amani. ibu bukan marah amani..ibu penat/tak larat/geram jer. Baguslah amani macam ni maknanya amani sihat dan pandai kan,tapi jgn la nakal sgt yer nanti ibu tak larat.
Masa amani masuk spital bru2 nih..mase 1st day tu asek nangis jer..xmau dok atas katil. nak bertenggek atas bahu aku..dari pagi sampai le ke malam. naik senget bahu aku..memula sabar jugak tp bila da tengah malam macam tu jugak rase nak marah sgt sebab mmg da letih giler. Tapi bile pikir2 balik..ni baru sikit dugaan utk aku. Cuba pikir diorang yg dapat anak yg bermasalh dari kecil. Tabah dan sabar kan mereka ??? Bila aku pusing2 kat ward tgk ada lagi ramai anak2 yg nasib tidak sebaik amani. mak bapak diorang leh tabah n sabar tak kan aku tak bleh. '
Alhamdulillah...aku dikurniakan Amani yang sempurna ini, apa pun perjalanan hidup ini masih jauh eluaita tak tau apa yang akan berlaku di masa2 akan datang. Semoga anak2ku dan keluarga sentiasa dilindungi dan di rahmati oleh ALLAH.
Orang kata setiap kejadian ada hikmahnya..alhamdulillah kalau amani tak sakit ari tu mungkin aku tak tau sesuatu yg mmg dah lama berlaku tanpa aku sedari dan akan menyebabkan sesuatu itu lebih teruk berlarutan.
No comments:
Post a Comment