Pages

Thursday, February 17, 2011

Enhancing Memory with PhotoEyeplay Imaging

Salam...

      Selama nie aku dok pelik la dengan sorang forumer yg suka upload file Photo Eyeplay nih tp tak penah pun aku tanya ape function nyer. So ari nih baru aku tau pekebondo function nye, maleh nak translit so aku copy jer lah dari email yer...

Hello, Wahee.

We hope that you are having a great day!

We received a question recently from Betsy, a medical student from
Georgia, USA.


QUESTION:

"I see in the Wink, Step 3: PhotoEyeplay, there are both cards
and a DVD available. What is the difference between them? I'd like
to use them to help prepare for my 8-hour medical exams. Should I
get the cards or the DVD?"


OUR ANSWER:

They both enhance everyday memory, and both can be used before
learning or studying.

PhotoEyeplay DVD activates the rods and cones within the eye
through passive viewing of flashing images.

The PhotoEyeplay cards is an actual exercise. The cards teach
a photographic after-imaging process where the eyes are trained
to see an objects negative image, it's "after-image," eventually
turning it into its positive image -- a vital step in photographic
memory
.

The best way that I can describe the difference between the
two activities is that the DVD viewing is passive -- like listening
to music. The card activity is more active in nature -- like doing
a crossword puzzle.

The benefits are the same. The cards give you more left-brain
feedback as to which color cones are weak, which ones are strong,
etc., so that you can focus your after-imaging practice to
specific color hues -- to strengthen each eye.

In this case, we would use the PhotoEyeplay DVD before studying,
as a relaxation tool. Because of the amount of eye strain that
can occur during intense studying, we would not recommend using
the cards. They exercise the rods and cones to the point where
it feels like you've done a work-out -- regularly that is fine,
but not if you are continually reading and scanning on a schedule
like yours. Take care of your eyes.

Use the DVD before your study periods to help you go into a relaxed,
meditative, photographic state. It will help increase your intake
and recall.

Wednesday, February 16, 2011

Amani Play & Learn station

Salam,

  Ari ni saje jer nak share tempat amani bermain n belajar, disebabkan rumah kami yg comel maka tiada bilik khas utk amani sahaja. InsyaALLAH klu ada rezeki nanti aku nak ada satu bilik khas utk play n learn station utk si kecik nih. Maka utk masa sekarang di sudut ruang tamu adalah tempat si comel nih, so aku pun akan make sure spend masa ngan amani kat sini sometime bagi dia main sendiri n leka so bole lah ibu curik2 wat keje umah. Tapi sekarang nih bahaya tinggalkan dia sensorang, sebab tetiba je dia da ada atas meja nak tarik lappie tuh. Ohh sekejap jer anak ibu da tinggi boleh panjat sendiri, kalau dulu guna kaki ibu or kusyen baru dia dapat naik atas meja tu.

So di station nih amani akan di stimulate dari segi motor skills ( berdiri sambil bermain toys atas meja n belajar memanjat, berjalan sambil memegang di sekeliling meja), pendengaran & penglihatan(pasang lagu nursery n video, tampal gambo2).












YBCR FLASHCARD

Salam,

Ari nih nak share salah satu alat bantuan mengajar yg aku gunakan kat amani iaitu flashcard, sebut pasal flashcard nih from my experience mcm susah je nak jumpa. Bila ada yang jumpa macam tak puas ati je dari segi kualiti pastu design pun macam kurang menarik contoh, tulisan kecik benor gambar besar gedabak. Pastu ada yg mahal bebenor rase tapi isinya alahai sikit benor so rase macam tak berbaloi. Ada gak pikir nak buat sendiri,guna A4 n laminate, tapi nak menghantar laminate pun satu hal costly jugak. Alhamdulillah akhirnya jumpa gak flashcard yg bg aku agak convenience and berpatutan ngan harganya. Actually flashcard nie ada datang satu set ngan dvd tapi aku beli FS card je lah,masa nie belum guna LR pun lagik. Aku beli 2 jenis flashcard nih, satu yg macam gambo yg aku attach kat bawah nih yang just ada word sahaja n yang lagi satu tu memula tunjuk word lepas tu baru gambar (rujuk gambar header yer). So kalau nak pergi mana2 lebih mudah bawah YBCR jer coz mudah nak dibawa dan digunakan sebab tak berat dan menggunakan space yg banyak theheheh, atau kesimpulannya kalau nak main2 dengan anak dalam keta pun boleh. So sesapa yg bajet terhad boleh la carik FC jenis nih okayyyyy.





tulisan yang besar
 


kotak depan YBCR flashcard









Saturday, February 12, 2011

Bagaimana anda tahu mengenai pendidikan utk bayi?

Chewahh macam skema plak tajuk, mcm penah aku tulis di entry sebelum nih actually before nih aku tak tau apa sebenarnya pendidikan awal nih. aku lebih fokus kepada stimulate stimulate n stimulate..actually stimulate ni pun merupakan asas kepada pendidikan awal jugak. Pastu just pikir ajar yg basic cam abc,123, alif baa taa. Tak penah pun terpikir leh ajar membaca start dari baby lagik , paling2 awal pun aku dok pikir umur 2 tahun nak pi anta blajar bila terpandang kat kg aku tadika kemas dia amik budak start 2 tahun. So itu pun da rase cam excited giler sbb bole anto anak awal tapi dalam masa yg sama worried jugak anto awal sgt idak ke boring budak nih nanti. Apa silibus yg di ajar pun tak tau cmne...alhamdulillah dalam dok merayau2 kat internet nih terjumpa la watie nih. Dia bercerita pasal software Brillkids n forum nih. So dari si watie n forum nih la jugak aku belajar byk menda (tapi lum expert lagi la) ohhh utk software tu korang leh try trial nye version utk 14 hari. Tapi utk trial tu dia hanya ada course utk 9 days je lah. kalo full course ada 365 ari, nanti aku akan buat satu entry khas utk software ni yer. sila klik banner di sebelah kanan blog nih. ada dua satu utk math dan satu utk reader.

Ok berbalik pada cerita si watie nih, dia bukak company berkaitan early education nih. dimana selain daripada menjual produk brillkids, dia gak adakan seminar dan bengkel yang berkaitan.Aku pun da booked utk seminar asas pendidikan awal ni on 27 Feb, utk menambah ilmu di dada. Sape2 berminat nak join seminar nih meh ler contact sama aku. Nanti aku akan buat satu pages utk coupon, korang boleh la bawak coupun nih utk dapatkan diskaun sebanyak RM5. Nanti aku akn update dari apa2 event yg akan dibuat oleh watie dan nanti aku akan citer pasal anak2 dia yg seawal umur setahun dah boleh membaca

Selain dari bengkel n seminar, tiap weekend ada gak playgroup. Actually ada 4 stages utk playgroup nih tapi yg tgh running 3 stages ajer. tetiga aku dah pi bawak amani utk trialnyer. Malangnya aku masih lum dapat subscribe sbb classnya ari sabtu dan ari sabtu aku kena keje huhuuhuuuh. bila ntah si watie nak buat ari ahadnya. Dan sekali lagik sesiapa yg nak gi trial utk playgroup bole dapatkan coupon diskaun yg akan aku post jugak nanti.

Friday, February 11, 2011

Si Manja Mula Belajar

Si Manja Mula Belajar
Kanak-kanak akan mula menjelajah dunia pada peringkat awal dalam hidup mereka. Secara intuitif, mereka akan tahu untuk mengambil objek yang paling kecil atau membuat pemerhatian dan menukarnya kepada suatu pengalaman yang bermakna.
Kanak-kanak kecil akan melalui suatu fasa di mana mereka akan banyak bertanya. Mereka ingin mengetahui ‘siapa, apa, mana, bila, bagaimana dan mengapa’. Contohnya, bagaimana ayam berketak atau mengapa langit berwarna biru?
Pertanyaan yang tidak berhenti-henti ini mungkin akan menjengkelkan tetapi mereka melakukannya kerana ingin belajar. Ini adalah sebahagian penting di dalam proses pembelajaran mereka.
Prasekolah yang biasanya bermula apabila kanak-kanak berusia 4 tahun berperanan membantu untuk terus memperkukuh dan menghalusi perkembangan awal dan pengalaman pembelajaran mereka. Sebagai contoh, dengan mewarna dan melukis, kanak-kanak akan belajar menguasai otot otot jari dan koordinasi tangan-mata mereka. Menerusi bermain bersama kanak-kanak lain dan mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah pula, mereka belajar tentang kemahiran sosial. Dan sudah tentunya terdapat pelbagai pengajaran lain untuk perkembangan pemikiran, komunikasi dan kemahiran penyelesaian masalah.
Semua ini akan dicapai dengan keseronokan tetapi di dalam persekitaran prasekolah yang berstruktur. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang bagi ibu bapa untuk mengoptimum kemajuan anak-anak mereka dengan terus mengajar, mementor dan melatih mereka di rumah dengan cara yang bebas tekanan, menyeronokkan dan bersesuaian dengan usia mereka.
Dimensi Pembelajaran Awal
Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak di prasekolah adalah penting untuk menyediakan asas yang baik, bukan sahaja untuk persekolahan formal malah untuk pembelajaran sepanjang hayat.
Kemahiran Fizikal
Prasekolah membantu kanak-kanak menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Kemahiran motor halus membabitkan pergerakan kecil seperti mencapai sesuatu dengan ibu jari dan jari telunjuk. Aktiviti yang mengasah kemahiran motor halus membabitkan aktiviti memotong, menampal dan melukis. Kemahiran motor kasar pula diasah dengan aktiviti yang membabitkan pergerakan lebih besar seperti berlari, melontar, memanjat dan menari.
Kemahiran Intelektual
Terdapat banyak peluang untuk si manja membina kemahiran seperti mengira, mengukur, menyisih, memadan, memerhati dan membentuk hipotesis. Kemahiran membaca dan menulis berputik apabila si manja melihat buku, membaca dengan kuat dan menulis nota.
Kemahiran Sosio-emosiPrasekolah membantu kanak-kanak menyesuaikan diri dalam komuniti dan belajar menghormati diri sendiri dan juga orang lain. Mereka bukan sahaja akan belajar berkongsi mainan, tetapi juga perbualan dan snek. Mereka diajar untuk mengambil giliran, melibatkan orang lain dalam permainan dan belajar ‘tatatertib’ bermain apabila berdepan dengan situasi baru. Di samping itu, mereka juga akan belajar mengawal perasaan dan mengelak daripada emosi yang kurang elok. Prasekolah juga merupakan masa bagi kanak-kanak mempelajari nilai-nilai moral untuk membentuk perwatakan yang baik.
Tahukah anda?
Bermain adalah sebahagian penting proses pembelajaran bagi kanak-kanak. Ini membolehkan mereka menggunakan kemahiran dan belajar tentang konsep baru dengan menyentuh, merasa, mendengar, bercakap dan menghidu. Cara terbaik untuk menggalakkan si manja prasekolah belajar ialah dengan menggabungkan permainan dengan unsur akademik.
Pelajaran Dalam Pembelajaran
Cara terbaik untuk si manja belajar ialah dalam persekitaran rumah yang menggalakkan penerokaan, pemikiran kreatif dan kebebasan. Ciri-ciri ini membolehkan kanak-kanak untuk menyiasat dan melakukan tugas yang mencabar daya fikir. Ini merupakan rahsia pencapaian dalam sekolah dan untuk seterusnya.
Proses mempelajari tentang cara sesuatu benda berfungsi adalah perjalanan yang perlu dilalui oleh si manja sendiri. Kehadiran orang dewasa sekadar untuk menggalakkan, mencabar dan membantu perkembangan mereka.
Manfaat Proses Pembelajaran Awal
  • Minat untuk menimba pengetahuan disemai melalui keyakinan dan kebebasan dalam pembelajaran.
  • Sifat ingin tahu dalam diri si manja menggalakkan penerokaan dan penghargaan pengetahuan.
  • Sikap yang betul untuk bertanya soalan, menyelesaikan masalah dan berkongsi idea. Pembelajaran menjadi pengalaman yang menyeronokkan.
Bagaimana Anda Boleh Membantu Sebagai Ibu BapaKanak-kanak yang membesar dalam persekitaran pembelajaran yang baik di rumah membolehkan mereka maju dalam prasekolah. Berikut adalah tip-tip untuk anda.
Berkongsi minat anda sendiri untuk belajar
Anda merupakan guru pertama anak anda. Jika anda mahu dia belajar, anda perlu terlebih dahulu mengambil inisiatif untuk belajar dan dia akan mengikut jejak anda.
Beri sokongan dan penerimaan
Bila anda menggalak dan mengalu-alukan ideanya, si manja akan merasa cukup selesa untuk menyuarakan idea tanpa takut membuat kesilapan. Jika dia membuat kesilapan sekalipun, anda tidak perlu memarahinya atau memberi jawapan yang betul dengan serta-merta. Sebaliknya, gunakan peluang itu untuk mengajarnya mencari jawapan. Ini menggalakkan pembelajaran secara lebih berdikari pada masa hadapan.
Sediakan peluang pembelajaran
Pengalaman pembelajaran boleh didapati daripada buku, alat permainan dan barang lain yang terdapat dalam rumah. Bersiar-siar dan berbual-bual juga akan menambah perspektif dan pemahaman si manja. Berhati-hati agar anda tidak keterlaluan. Pastikan segalanya berada dalam tahap yang sesuai untuk usia mereka.
Senarai semak apa yang anda
boleh lakukan sebagai ibu bapa
  • Tanya soalan yang baik dan jangan bataskan soalannya.
  • Tunjukkan bagaimana kita boleh belajar daripada perkara yang mudah dan kesilapan kecil.
  • Galakkan si manja berdikari.
  • Beri pilihan kepada si manja.
  • Beri perhatian kepada persekitaran sekelilingnya.
  • Jadikan waktu membaca sebagai rutin tetap.
Sihat untuk Belajar
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa langkah oleh pihak Kerajaan untuk mengubah sistem pendidikan negara kita. Daripada hanya menitikberatkan kemahiran ingatan untuk lulus peperiksaan, kita inginkan anak-anak kita berkembang secara lebih sempurna. Kita mahukan mereka mempunyai pemikiran yang baik, kreatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan masalah di samping mempunyai tubuh, minda dan jiwa yang sihat.
Sebagai ibu bapa, kita semua boleh membantu dengan menanam serta menggalakkan minat membaca dan belajar anak-anak kita daripada usia yang muda dan sepanjang zaman kanak-kanak mereka.
Pada masa yang sama juga, adalah penting bagi kita untuk menjaga mereka dengan sebaik mungkin supaya mereka dapat terus belajar dengan gangguan minimum. Kekurangan nutrien, anemia, jangkitan, kecederaan, masalah psikologi dan kesukaran pembelajaran yang belum ditangani akan menghalang perkembangan mereka. Berita baiknya, kuasa untuk mencegah situasi negatif ini adalah di tangan anda.

source :Positive Parenting

Thursday, February 10, 2011

ECE..

Salam

 Dah lama nak menulis blog berkaitan ECE nih (early child education) tapi tak berkesempatan, coz dok sibuk ngn amani,opis n umah. Dok sibuk cari info about babies, ECE n etc. Sebenornya kalo da kat umah susah sikit nak mentenet even kalo org tengok kat FB manjang je dok online padahal xde pun kat situ coz kdg2 amani yg tgh guna theeheheheeh. Lappie nih mmg kdg2 24 hours on ajer, so kepada sesapa yg kdg2 tegur kat fb chat tp den tak jawab tu mintak maap byk2 la yer.

  Anyway mmg da lama minat pasal ECE nih tapi tak tau nak mencarik maklumat huhuhuuh..even masa pregnant pun dah sibuk belikan amani buku n CD. Masa dia newborn pun da mcm2 mainan belikan sampai nenek n moyang amani bising budak tuh bukan reti main pun lagii..budak tu tak reti pegang lagi..budak tu tak reti dengar lagi huhuhuh,..tapi ku buat dekk jer. Bila toys tu sume ada diorang guna kan jugak utk amani thehehehe. Apa yang ku tau..utk meransang brain n motor skill baby nih adalah dengan stimulate. Walaupun lepas pantang amani berjauhan ngn amani lebih kurang 2 bulan secara tak langsung nenek,atok n amani ada gak memainkan peranan dalam ECE ni, atok amani rajin bersembang pastu siap cipta lagu dodoi utk amani theheheh..nenek pun rajin bersembang,menyanyi n ajar nyanyi. moyang plak rajin bawak jalan2 tiap2 ari gi tepi jalan tengok kete. 

Umo 6 bulan amani balik kl ngn ibu ayah...tapi ibu ngn ayah amani lebih mendedahkan ECE secara moden. Almaklumlah dedua kerja so mengunakan kaedah moden lah utk bagi pendedahan awal utk si kecik niih. Tapi moden pun moden la jugak tapi bonding tu kena jaga gak. Jangan terlalu bergantung kat teknologi semata2 ..nanti anak2 kenal komputer daripada mak bapak plakk kan susah n akan menyebabkan anak takut nak bergaul ngn org. So utk menyedapkan ati at least amani bagus gak ada ramai budak2 kat umah mama dia.walaupun memula dulu cuak jugak bila pengasuh amani a.k.a mama amani jaga budak agak ramai gak..dan masih cinonet2 lagik. Tapi lama2 cuak tu hilang gak walaupun sekali sekala tercuak gak bila mendengar berita2 tidak enak di dada akhbar dan tv huhuhuhu. Yelah secara jujurnya aku pun semput jugak menjaga anak yg baru sorang nih apatah lagi yg ramai yg cinonet2 lagi tuh thehehehe. Tapi secara logiknya akak tu da tentu lagi berpengalaman ..anak 3 ..paling besar da form 4 n paling kecik pun darjah 3. Pastu dia pun bukan baru jadik pengasuh..so think positive je la ya....semoga amani sentiasa dilindungi oleh Penciptanya Amin. Apa pun nak share video2 nih...anak2 yg masih kecil tapi mampu membaca dan menghafal ayat2 suci Al-Quran.